Tuesday, June 7, 2011
resipi cinta
Pabila daku mencari cinta, daku sediakan resipi ku agar daku dapat menarik cinta yang setia. sediakan bahan2 dan tempat menikmati juadah seperti 2 keping hati, 1 gurisan kenangan, secubit kasih sayang, setitis air mata, asam garam hidup. 1kg ikhlas, tawakal, 1 kolam redha, gunung usaha, 5 waktu ibadat, 2 kg saling mempercayai, serta segulung penghargaan :-
1. Mula2 masukkan 2 keping hati ke dalam periuk diri, gorengkan dgn kata2 indah.
2. Masukkan 1kg iklas di dalam periuk diri td dah teruskan kacau sehingga wangi.
3. Masukkan secubit kasih sayang ke dalam periuk diri diikuti pula asam garam hidup sebagai penambah perisa.
4. Setelah bahan2 tadi masuk masukkan pula setitis air mata kerana cinta juga kadang agak pedas. jadi untuk mengurangkan kepedasan ini kita mestilah masukan 5 waktu ibadat kita kepada allah s.w.t. supaya 2 keping hati tadi menjadi lembut dalam perhubungan
5. Sediakan 1 kolam redha untuk dijadikan sebagai seasoning pabila masakan cinta kita tadi tidak menjadi. masukkan tawakal dalam periuk diri bagi jadikan periuk diri senang di cuci.dan siap.
6. Kita buat 2kg saling mempercayai sebagai dessert dalam masakan kita tadi kerana dessert ini paling memainkan peranan yang penting di dalam masakan kita. sekiranya kita tak menyediakan nya nescaya pincanglah perhubungan dalam masakan kita tadi.
7. Resipi ini elok di jamah di mana2 sahaja. tetapi lebih sedap di makan di gunung usaha kerana ianya menjadi lebih sedap pabila kita menjamah.
8. Setelah selesai. silalah letakkan komen anda di atas segulung penghargaan kepada pasangan anda.
dan jangan lupa perkara penting agar resipi berkekalan keenakannya ini iaitu doa kepada maha pencipta kita. supaya kita diijab kabulkan dgn secepat yang mungkin. untuk mengelakkan dari resipi tadi menjadi fitnah basi oleh bakteria.
Nukilan :-
Pkngah P
p/s salah silap harap maafkan yer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jom masak2 ae...
ReplyDelete